Syarat-Syarat

Penyertaan

Berikut adalah antara syarat-syarat penyertaan bagi pertandingan Tilawah dan Hafazan Al-Qur'an Negeri Sabah:

  • Islam.
  • Warganegara.
  • Pemastautin selama 6 bulan bagi daerah yang didaftar bagi peringkat daerah.
  • Tilawah Remaja: 13-17 tahun
  • Tilawah Dewasa: 18-60 tahun
  • Hafazan: 13-25 tahun

Bagi syarat-syarat yang lebih menyeluruh, sila semak dokumen berkenaan.

Selayang Pandang

Pengarah JHEAINS

Alhamdulillah, merafak puji dan syukur ke hadrat Allah SWT serta selawat dan salam kepada Junjungan Baginda Rasulullah SAW. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Urus Setia Unit Perayaan dan Hari Kebesaran Islam jabatan ini dengan kolaborasi bersama pihak Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah yang telah berjaya merealisasikan pembangunan Sistem Pendaftaran Peserta Majlis Tilawah dan Hafazan AlQuran Peringkat Negeri Sabah yang juga dikenali sebagai e-TILFAZ.

Sistem e-TILFAZ adalah merupakan singkatan daripada perkataan Tilawah (Til) dan Hafazan (Faz) yang digunakan bagi menerapkan makna program ini sendiri selain memudahkan para pengguna menyebutnya. Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran adalah merupakan program tahunan negeri Sabah yang diadakan bagi mencungkil bakat peserta dalam bidang Tilawah dan Hafazan Al-Quran dinegeri ini dan seterusnya akan mewakili negeri Sabah ke peringkat Kebangsaan.

Capaian sistem e-TILFAZ adalah merangkumi 3 peringkat pertandingan yang diadakan iaitu bermula daripada peringkat daerah, seterusnya peringkat bahagian dan peringkat negeri. Ianya adalah memudahkan masyarakat untuk mendaftar sebagai peserta terutamanya golongan belia yang ingin menceburkan diri dan menimba pengalaman melalui pertandingan ini.

Usaha murni dengan kerjasama yang padu diantara jabatan ini dan pihak Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah akhirnya dapat mewujudkan sistem ini dalam masa yang singkat. Kolaborasi ini bermula dari bulan Oktober 2024 dan berjaya dibangunkan dalam bulan Disember 2024 untuk digunakan di awal tahun 2025.

Menyahut seruan kerajaan negeri Sabah kearah Pendigitalan dan perkhidmatan dihujung jari, maka Jabatan ini telah mara selangkah kehadapan melalui pewujudan sistem ini. Semoga ianya memberi manfaat khususnya kepada para pengguna dan menarik minat masyarakat untuk menceburi bidang Tilawah dan Hafazan Al-Quran kearah melahirkan para Qurra’ dan Huffaz Al-Quran yang berkualiti. Sekian, Wassalam.

YBHG. DATUK JUMAIN ABDUL GHANI
Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

Senarai

MTHQNS

MAJLIS TILAWAH DAN HAFAZAN AL-QUR'AN NEGERI SABAH

PERINGKAT DAERAH

PERINGKAT BAHAGIAN

PERINGKAT NEGERI

Galeri

Pelaksanaan MTHQNS